Sabtu, 08 Februari 2014

Tips Dan Panduan Menghafal Muka Surat Setiap Juzuk Al Quran




Tips Dan Panduan Menghafal Muka Surat Setiap Juzuk Al-Quran | Jom kita baca tips atau cara mudah untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Subhanallah.
p/s: Tips ini sesuai diaplikasikan kepada Al-Quran cetakan biasa
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.
sumber




0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Ne bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger