
ADZLY Manas, peguam lulusan undang-undang dari University of Northumbria at Newcastle, England.
Nama beliau kini mula menjadi sebutan setelah beliau dan para barisan sahabatnya berjaya menyakinkan Mahkamah Rayuan dalam hujah mereka, hingga tiga hakim sebulat suara memutuskan - akhbar mingguan terbitan gereja, Herald dilarang menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian dalam penerbitan edisi Bahasa Melayu.
Menariknya Adzly kiga adalah salah seorang ahli UMNO yang bakal bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Subang pada Sabtu ini.
Menurut Adzly, beliau tidak pernah terniat untuk menggunakan ‘kemenangan’ isu Allah itu untuk mempengaruhi undian terhadap ‘masa depan’ politiknya dalam UMNO.
Katanya, penglibatannya dalam kes tersebut bermula apabila dipelawa oleh peguam, Datuk Zainul Rijal yang mengetuai pasukan peguam Muslim dalam kes tersebut.
Katanya, sebagai seorang Islam, pelawaan tersebut diterimanya dengan penuh rasa tanggungjawab apatah lagi UMNO sendiri memperjuangkan Islam dalam agenda perjuangannya selain daripada perjuangan untuk bangsa dan tanah air.
” Ramai yang tidak tahu yang kami semua (peguam) berjuang betul-betul atas dasar fisabilillah dalam kes ini, secara percuma tanpa mengenakan apa-apa bayaran.
” Kami mengkaji kes itu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkah mahkamah atas apa yang kami perjuangkan dan Alhamdulillah berkat doa semua pihak, tiga hakim yang bijaksana telah membuat satu keputusan yang bagi kami sangat adil dan tepat,” kata Adzly

Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa
Melayu penerbitan itu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.
Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.
Hakim Mohamed Apandi (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) dalam penghakiman bertulisnya setebal 43 muka surat menyatakan, penggunaan kalimah Allah berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.
Mengulas mengenai ‘peluangnya’ dalam pemilihan UMNO Bahagian Subang Sabtu ini, Adzly menjelaskan beliau sebenarnya bukanlah baru dalam UMNO.
Bahkan beliau telah aktif dalam perti tersebut sejak 2004 lagi.
Malah, katanya, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Cawangan dan Pengerusi Tetap sepanjang penglibatannya dalam UMNO.
” Saya tidak mahu beretorik bila terlibat dalam politik…bila saya bercakap mengenai pentingnya kita berjuang memartabatkan agama, bangsa dan tanah air, ia perlu disusuli dengan tindakan dan bukannya melalui kata-kata semata-mata.
” Sebab itu dalam isu memperjuangkan kalimah Allah ini, saya sebagai orang Islam khususnya dan ahli UMNO amnya merasa terpanggil untuk bersama-sama dengan barisan peguam Muslim yang lain kerana ini adalah tanggungjawab saya dan kita sebagai umat Islam, tanpa mengira apa parti yang kita sertai.
” Alhamdulillah, Allah bersama kita kalau kita ikhlas dan jujur dalam perjuangan ini,” katanya.
0 komentar:
Posting Komentar